arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Bagaimana Hasil Carian Tempatan Google Menjejaskan Pengguna dan Sebab Kesatuan Eropah Mengambil Tindakan

Untuk maklumat lanjut, sila lihat focusontheuser.eu

Hari ini, Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa Google telah melanggar peraturan anti-trust dengan memanipulasikan keputusan hasil carian agar memihak kepada perkhidmatan carian membeli-belahnya sendiri. Merupakan satu keputusan yang bersejarah, pengawal selia undang-undang anti-trust Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda kepada Google sebanyak €2.42 bilion dan memberikan Google sehingga 90 hari untuk menamatkan kesemua diskriminasi terhadap perkhidmatan pesaingnya. Kami menghargai dedikasi Suruhanjaya Eropah berkenaan isu ini dan komitmen mereka untuk memulihkan persaingan bagi carian dalam talian untuk manfaat pengguna.

Google diarah untuk menghentikan amalan anti-persaingan

Google telah didapati bersalah melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang yang bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan carian menegaknya sendiri. Walaupun keputusan itu hanya merangkumi khidmat perbandingan membeli-belah, Suruhanjaya Eropah turut mengakui bahawa pelanggaran undang-undang berlaku ke atas semua carian menegak yang lain, termasuk carian perniagaan tempatan. Sehingga saat ini, Google telah diarahkan agar berhenti menyalahgunakan enjin carian umum utamanya untuk memihak kepada produk carian khususnya sendiri. Perintah yang serupa berpotensi untuk meneutralkan ancaman yang telah diwujudkan oleh Google ke atas carian dalam talian dan untuk menangani masalah anti-persaingan ke atas carian tempatan secara lebih efektif.

Mengapa ciri carian tempatan penting untuk dilindungi

Ciri carian tempatan merupakan satu tingkah laku manusia yang paling penting di internet. Ia merupakan jambatan yang menghubungkan antara penyelidikan dalam talian dengan perniagaan luar talian. Contoh ciri carian tempatan – orang mencari doktor pakar kanak-kanak di Munich, hotel di Barcelona atau restoran masakan Thai di Copenhagen – merangkumi kategori carian tunggal terbesar, yang mewakili kira-kira satu pertiga daripada jumlah bilangan carian menggunakan komputer meja, dan lebih separuh daripada jumlah carian menggunakan telefon pintar. Antara pelayar Chrome pra-pasang yang terdapat dalam iOS Safari dan Android, Google menikmati bahagian pasaran sebanyak 98% dalam telefon pintar.

Suruhanjaya Eropah menjalankan penyiasatan ke atas Google selama tujuh tahun berikutan sebilangan aduan yang telah mereka terima dari syarikat-syarikat yang beroperasi di Eropah dan Amerika Syarikat, serta dari persatuan pengguna. Yelp merupakan pihak yang membuat aduan dalam kes berkenaan dan kami telah bekerjasama secara langsung dengan pihak berkuasa Kesatuan Eropah dengan memberikan bukti tentang ancaman terhadap pengguna dalam pasaran carian tempatan.

Kesan ke atas penguatkuasaan AS

Penemuan Suruhanjaya menyediakan pelan tindakan untuk pihak berkuasa penguatkuasaan di Amerika Syarikat. Pada tahun 2013, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) menamatkan penyiasatan ke atas kecenderungan carian oleh Google. Walau bagaimanapun, hasil penelitian yang disediakan oleh pihak berkuasa Kesatuan Eropah, ditambah pula dengan bukti kukuh tentang ancamannya terhadap pengguna, ini seharusnya cukup untuk memaksa FTC mengambil tindakan bagi melindungi pengguna Amerika dari manipulasi carian.

Bagaimana Google yang tindakan berat sebelah membahayakan pengguna

Malah, pasukan Sains Data Yelp bersama-sama dengan Profesor Tim Wu dari Columbia Law School dan Michael Luca seorang pakar Ekonomi dari Harvard Business School telah menerbitkan sebuah kertas penyelidikan untuk mengkaji semula bagaimana Google telah menjejaskan hasil carian serta impak amalan ini ke atas para pengguna. Pengarang kajian tersebut mendapati bahawa kecenderungan carian oleh Google yang berat sebelah telah, dan sememangnya, membahayakan pengguna. Menurut kajian itu, para pengguna secara ketara tidak berinteraksi dengan “kotak jawapan” yang disediakan oleh Google untuk mengecualikan hasil carian kandungan ulasan tempatan yang disediakan oleh Google.

Sebarang kelengahan untuk menghentikan amalan anti-persaingan Google di Amerika Syarikat akan menyebabkan ancaman kepada daya saing pasaran carian dan pengguna yang sukar untuk dipulihkan. Pembuat dasar di Amerika Syarikat harus melihat keputusan Kesatuan Eropah sebagai satu motivasi untuk bertindak. Kebajikan pengguna perlu sama-sama dilindungi untuk manfaat bersama.