arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Kajian: 92% Pengguna Yang Menggunakan Yelp Telah Membuat Pembelian Selepas Mengunjungi Platform Berkenaan

Satu kajian oleh Nielsen yang dijalankan bagi pihak Yelp mendapati bahawa ramai pengguna melaporkan terdapatnya pengukuhan hasrat mereka untuk membuat pembelian dari perniagaan-perniagaan yang mereka temui menerusi laman ulasan. Dilaporkan, 92% daripada pengguna yang menggunakan khidmat laman ulasan pengguna dalam talian menyatakan bahawa mereka membuat pembelian sekurang-kurangnya kadangkala, kerap atau hampir selalu selepas melayari Yelp.

Pengguna yang menggunakan laman ulasan pengguna dalam talian dan mengakui bahawa mereka membuat pembelian selepas melayari Yelp turut melaporkan bahawa mereka berbuat demikian dengan lebih pantas berbanding dahulu, dibandingkan dengan kajian Nielsen dari tahun 2014. Bilangan pengguna yang melaporkan membeli sesuatu dalam masa beberapa jam meningkat sebanyak 212% dan bilangan pengguna yang menyatakan bahawa mereka membuat pembelian selepas sehari atau kurang meningkat sebanyak 55%.

Kajian yang dijalankan dalam tahun 2016 ini, berdasarkan maklum balas daripada kira-kira 2,000 orang pengguna, turut menunjukkan bahawa laman ulasan memacu kadar penukaran yang lebih tinggi berbanding enjin carian atau laman rangkaian sosial terkemuka.

Hasil Penemuan Kajian Nielsen tentang Yelp dan Laman Ulasan Dalam Talian

Semua data dari kajian yang dijalankan olah Nielsen pada bulan September 2016 bagi pihak Yelp. Lihat metodologi di bawah.

Laman Ulasan & Yelp

  • 74% daripada pengguna yang mencari perniagaan tempatan secara dalam talian melayari laman ulasan pengguna dalam talian sekurang-kurangnya secara bulanan.
  • Pengguna yang menggunakan laman ulasan pengguna dalam talian meletakkan Yelp sebagai laman yang paling dipercayai, paling berpengaruh dan paling berguna untuk membuat keputusan pembelian akhir, apabila dibandingkan dengan lain-lain laman ulasan pengguna dalam talian dan tidak termasuk enjin carian serta platform media sosial.

Tingkahlaku Membeli di Yelp

  • 92% daripada pengguna yang menggunakan laman ulasan pengguna dalam talian menyatakan bahawa mereka membuat pembelian sekurang-kurangnya kadangkala, kerap atau hampir selalu selepas melayari Yelp.
    • 25% dalam masa beberapa jam
    • 42% dalam masa sehari atau kurang
    • 79% dalam masa seminggu atau kurang
  • 79% daripada pengguna Yelp menyatakan bahawa mereka mencari perniagaan yang boleh mereka kunjungi banyak kali.
  • 85% daripada pengguna Yelp berkongsikan maklumat perniagaan yang mereka temui di Yelp dengan rakan-rakan sekurang-kurangnya secara kerap atau kadangkala.

Pesanan & Khidmat Penghantaran Restoran

 

  • 55% daripada pengguna Yelp yang mencari restoran telah membuat pesanan untuk bawa pulang atau khidmat penghantaran makanan dari restoran yang mereka temui di Yelp
  • 58% daripada pengguna Yelp yang mencari restoran dalam masa 3 bulan lepas mendakwa bahawa mereka membuat pesanan untuk bawa pulang atau menggunakan khidmat penghantaran makanan sekurang-kurangnya secara bulanan
  • Hanya 47% yang telah biasa mengunjungi restoran berkenaan sebelum menggunakan Yelp

 

Apakah Maksud Hasil Penemuan Kajian Nielsen untuk Perniagaan Tempatan

Untuk perniagaan-perniagaan tempatan, adalah penting untuk diingat bahawa ramai pengguna mencari anda dalam talian dan membuat keputusan sama ada untuk berbelanja di kedai anda ataupun tidak adalah bergantung kepada maklumat yang terdapat di laman ulasan termasuk di laman Yelp. Selain daripada menguruskan laman web atau akaun media sosial perniagaan anda, pastikan yang anda tuntut akaun Yelp percuma anda, dan secara minimumnya, sila sahkan bahawa butiran perniagaan anda – termasuk waktu perniagaan beroperasi, lokasi dan nombor telefon perniagaan anda – adalah tepat dan dikemaskini. Peralatan percuma yang disediakan seperti ciri untuk menjawab ulasan, memuat naik foto dan ruang keterangan perniagaan, dan mendayakan ciri pemesejan dan permintaan sebut harga menerusi Yelp akan memberikan peluang kepada perniagaan untuk menarik pelanggan baharu daripada jutaan pengguna yang melayari Yelp setiap bulan.

Memandangkan pengguna melaporkan bahawa mereka membuat keputusan membeli secara lebih pantas, mengamalkan sikap yang responsif perlulah menjadi satu kemestian. Perniagaan-perniagaan harus mempertimbangkan untuk mendayakan ciri notifikasi bagi ulasan baharu dan mesej yang diterima menerusi aplikasi Yelp untuk Pemilik Perniagaan.

Ulasan dalam talian kini menjadi semakin penting sebagai sumber rujukan pengguna sebelum mereka membuat keputusan untuk berbelanja. Yelp telah menambah beberapa cara baharu untuk memperkayakan pengalaman carian dan menyediakan kemudahan kepada pengguna. Kini orang ramai bukan setakat boleh mencari, tetapi menempah, membeli atau membuat transaksi secara terus dengan perniagaan di Yelp menerusi ciri tempahan restoran, khidmat pesanan dan penghantaran makanan menerusi Eat24, mendapatkan perkhidmatan dan sebut harga, mendapat Pulangan Tunai Yelp dan pelbagai lagi.

Perniagaan-perniagaan boleh menuntut Laman Perniagaan Yelp mereka secara percuma di biz.yelp.com.

Metodologi – Kajian yang dijalankan oleh Nielsen bagi pihak Yelp, 2016

Berdasarkan kepada kaji selidik pengguna dalam talian yang dijalankan oleh  Nielsen untuk Yelp, pada bulan September tahun 2016. Jumlah sampel diperolehi daripada 2,007 orang dewasa yang berusia 18 ke atas yang menetap di Amerika Syarikat yang mencari perniagaan tempatan dalam talian di antara bulan Ogos 2016 hingga September 2016. Temu ramah dalam talian dijalankan pada 6hb September  – 20hb September, 2016. Sampel Laman Ulasan Dalam Talian = 745: Melaporkan penggunaan laman ulasan dalam talian sahaja, tidak termasuk penggunaan enjin carian dan laman media sosial. Sampel Pengguna Yelp = 587: Melaporkan penggunaan Yelp untuk mencari perniagaan tempatan (6/2016-9/2016). Data adalah wajar dari segi demografi untuk mewakili pengguna dalam talian Amerika Syarikat.