arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

9 Tips Aplikasi iPhone Yelp untuk Pakar

Jadi, anda telah memuat turun aplikasi Yelp dan merasakan yang anda tahu selok-beloknya. Bookmark? Banyak yang telah dibuat. Tempahan? Pun sudah. Tapi, jangan biarkan butang check-in yang nampak ringkas itu memperdayakan anda — terdapat banyak lagi ciri-ciri yang perlu diterokai. Berikut ialah sembilan tips untuk menjadi pakar aplikasi Yelp.

1. Perniagaan Baru dan Hebat
Tunjukkan kepada rakan-rakan yang anda sememangnya canggih!

Pastinya hebat jika anda menemui, berkongsikan, dan memaparkan kedai-kedai yang baru dibuka di bandar anda. Ciri Perniagaan Baru & Hebat kami menunjukkan kepada anda semua kedai yang baru dibuka serta trendy.

2. Forum
Satu ruang untuk anda bertanyakan soalan & mendapatkan jawapan

Ada soalan yang ingin ditanyakan kepada penduduk tempatan? Inginkan pandangan orang ramai? Atau saja mahu berbual? Kami sediakan ruang untuknya — di aliran Forum! Tekan pada opsyen “Lagi” dan sertailah Forum untuk mengasah bakat berbual anda.

3. Check-In Utama
Pahatkan nama anda di papan juara

Tidak kisahlah jika anda hanya ingin mencuba nasib untuk menjadi juara, mengetahui di mana rakan-rakan anda berada, atau sebagai peringatan bagi tempat-tempat yang pernah anda kunjungi (dah tentulah untuk memberikan ulasan), anda boleh semak semua statistik di ruang Check-In. Berjayakah anda melayakkan diri ke dalam senarai Check-In Royalty?

4. Pujian
Kongsikan kasih sayang

Terlihat gambar yang membuatkan anda terliur? Terbaca ulasan yang memberikan anda idea tentang hidangan terbaik di mana-mana restoran? Mungkin juga anda hanya meminati gaya penulisan seseorang. Tidak kiralah apapun, anda boleh tunjukkan penghargaan anda dengan menghantarkan pujian — ia merupakan cara yang terhebat untuk mengiktiraf bantuan para Yelper lain.

5. Peta Check-In
Lihat semua tempat yang telah anda kunjungi melalui Yelp

Banyak aktiviti check-in? Telah pergi ke serata dunia? Ingin melihat tempat-tempat yang telah anda kunjungi? Anda pasti teruja yang anda boleh melihat peta seluruh dunia (atau sekadar kawasan kejiranan) bagi kesemua aktiviti check-in anda. Zum dekat, zum jauh, dan kunjungi seluruh pelusuk dunia.

6. Baca Yelp Tempatan
Ketahui apakah yang menarik setiap minggu berhampiran anda

Membaca e-mel kadangkala agak menyusahkan. Jika anda ketinggalan e-mel dari Yelp Tempatan, anda boleh juga melayari aplikasi kami dan membacanya dari mana-mana sahaja. Mencari perniagaan tempatan yang paling kool dan hebat tidak pernah semudah ini. Bonus: Bookmark secara mudah kesemua tempat-tempat yang menarik perhatian anda.

7. Tambahkan Perniagaan
Ada perniagaan yang belum lagi tersenarai di Yelp? Tambahkannya!

Anda menemui perniagaan yang belum lagi tersenarai di Yelp? Inilah peluangnya untuk anda mendapatkan lencana “Penulis Ulasan Pertama”! Tekan “Tambah Perniagaan”, isikan butirannya, dan anda boleh check in dan tambahkan foto dengan serta-merta. Syabas kerana membantu warga tempatan menemui tempat-tempat baru!

8. Kongsikan Perniagaan
Perkongsian sememangnya lebih bermakna (dan membantu)

Adakah anda orangnya yang selalu menyarankan restoran kepada rakan-rakan dan geng anda? Hantarkan pautan Yelp kepada rakan-rakan agar mereka boleh mendapatkan alamat restoran, nombor telefon, foto-foto serta membaca kesemua ulasan yang mengagumkan — hanya tekan pada tiga titik di bahagian atas sudut kanan dan kemudian klik “Kongsi Perniagaan”.

9. Monocle
Ianya amat futuristik!

Jika anda selalu sukar mencari arah, atau sukakan realiti maya, cubalah Monocle. Pegang telefon di hadapan muka anda dan putarkan telefon 360 darjah dan senarai perniagaan akan muncul di depan mata anda. Tip pro: kami sarankan agar anda tidak berjalan dengan memegang telefon seperti itu, kerana ianya berbahaya.

Anda kenal sesiapa yang baru menggunakan Yelp? Kami ada blog yang sesuai untuk mereka.