arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Yelper Telah Menuliskan 100 Juta Ulasan dan Masih Terus Meningkat

Selama hampir dua belas tahun, pengguna mengunjungi Yelp untuk mencari perniagaan tempatan yang hebat. Kini, lebih mudah berbanding sebelum ini, untuk mencari restoran tapas yang terbaik, kedai perapi bulu haiwan kesayangan, doktor gigi atau tukang paip di kawasan anda melalui Yelp, terima kasih kepada jutaan ulasan yang dituliskan oleh komuniti global warga tempatan kami. Ia merupakan satu pengembaraan yang menarik, dan kami amat teruja dengan pencapaian terbaru kami: para Yelper telah menuliskan 100 juta ulasan!

Ulasan Yelp yang pertama telah disumbangkan pada bulan Oktober tahun 2004 oleh Jon B. forKabuki Springs & Spa di San Francisco. Sejak ulasan pertama itu, Yelp telah mewujudkan masyarakat yang berkembang maju di lebih daripada 120 buah bandar di seluruh dunia, yang merangkumi 32 buah negara, lima benua dan, terima kasih kepada ciri terjemahan mudah alih Yelp ini, kini tersedia di dalam 18 bahasa. Kesemua faktor ini memungkinkan ulasan Yelp yang ke-100 juta, ulasan 5 bintang yang disumbangkan oleh ahli Elit Yelp iaitu Evelyn K. untuk Crocheron Park, sebuah taman awam Bayside, NY.

Kami secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada Evelyn K. serta semua Yelpers di luar sana kerana sudi berkongsikan pengalaman anda. Memang kagum memikirkan bagaimana jutaan orang setiap hari bergantung kepada ulasan anda untuk mencari perniagaan tempatan yang hebat, dan perniagaan tersebut pula menerima maklum balas berharga yang mereka boleh gunakan untuk memperbaiki keadaan serta memberikan kepada pelanggan perkhidmatan yang cemerlang. Ulasan mendalam serta semangat pengarangnya ialah di antara beberapa perkara yang membezakan Yelp daripada lain-lain laman ulasan. Komuniti pengguna kami menjadikan Yelp sebuah aplikasi yang mesti dimiliki, di mana Yelp kini berkembang maju daripada status syarikat startup menjadi laman panduan budaya (setiap hari ada sahaja “Yelp untuk sesuatu” yang baru). Ulasan anda memacu pendapatan kepada peniaga-peniaga kecil, menyokong ekonomi tempatan dalam pelbagai masyarakat yang unik di seluruh dunia.

Dunia telah banyak berubah sejak tahun 2004 (ketika itu iPhones belum wujud! ? ), dan cara kita berkomunikasi dan berkongsikan maklumat akan terus memacu lebih banyak perubahan. Apa yang tidak akan berubah ialah kepentingan untuk menghubungkan pengguna dengan pengalaman sebenar dan menerokai perniagaan baru yang hebat, dan Yelp akan sentiasa ada di sini untuk itu. Sejak bermula sebagai sebuah laman desktop sahaja pada tahun 2004, sehinggalah kini kami menerima ulasan mudah alih setiap 2.5 saat menjelang akhir 2015, kami kini beralih kepada budaya mudah alih dan kami sentiasa melakukan penambahbaikan untuk memastikan orang ramai mendapat pengalaman yang sebaik mungkin.

Sebelum kita melihat ke masa hadapan, mari kita luangkan sedikit masa untuk bersyukur ke atas pencapaian mencapai 100 juta ulasan. Ada banyak sejarah di sebalik kata-kata yang berikut!

– Yelpers telah menuliskan kira-kira 10 bilion perkataan, yang akan mengambil masa selama 146 tahun untuk dibaca dengan kuat.
– Shila B., ahli Yelper Elit di Vancouver, Kanada telah menuliskan lebih daripada 8,000 ulasan sehingga kini.
– Restoran dan kedai bakeri Bottega Louie di Los Angeles, California merupakan perniagaan yang paling popular dan perniagaan yang paling fotogenik, dengan lebih daripada 12,000 ulasan dan 17,000 foto disumbangkan ke laman perniagaan itu.
– Pada akhir tahun 2015, 70% daripada carian di Yelp datang daripada peranti mudah alih dari seluruh dunia.
– Dari tahun 2014 hingga 2015, terdapat peningkatan sebanyak 66% dalam jumlah ulasan yang dikemukakan menerusi mudah alih, dan pada tahun 2015 lebih daripada 1.5 juta perniagaan mempunyai lebih daripada 50% daripada ulasan mereka yang datangnya dari telefon bimbit.
– Setakat Mac 2016, 2,371 perniagaan di Yelp mempunyai lebih daripada 1000 ulasan, dan kesemuanya menerima penilaian purata 4 bintang.
– Get Your Move On di Phoenix, Arizona merupakan perniagaan yang paling responsif di Yelp, bertindak balas secara terbuka atau peribadi dengan kadar 100% daripada ulasan.
– Yelp SeatMe telah menempatkan lebih daripada 109 juta orang, dan pengguna telah memesan hampir 12 juta pizza melalui Yelp EAT24.

Sudah tentulah perjalanan kami tidak berhenti hanya setakat ini. Terima kasih kepada komuniti Yelp kami yang bersemangat, kami berjaya melepasi bilangan 100 juta ulasan. Mari kita mengucapkan syukur di atas pencapaian 100 juta ini dan meneruskan kemaraan!