arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Peringatan Pengguna Yelp: Ketahui Sebelum Berbelanja

Yelp sememangnya berdedikasi untuk memelihara keyakinan pengguna sejak daripada hari pertama ia beroperasi. Atas dasar itulah kami tidak memandang ringan berkenaan aktiviti perniagaan yang tidak jujur. Kami bakal menyiarkan versi baru senarai 59 Peringatan Pengguna, untuk selama 90 hari. Pasukan penyiasat kami berjaya mendedahkan pelbagai percubaan melampau berikut untuk memanipulasikan rating dan ulasan kerana pengguna berhak mengetahui perkara yang berlaku di belakang tabir.

Fikirkan tentang contoh-contoh berikut:

– Sebelum memilih untuk menjalani pembedahan plastik di bawah Dr. Simon Ourian, seorang pakar pembedahan plastik di Beverly Hills, CA, anda mungkin ingin tahu bahawa beliau telah menawarkan pembedahan pembesaran bibir percuma bagi meningkatkan reputasinya.
– Anda juga mungkin akan berfikir dua kali sebelum membawa anak anda yang kurang sihat ke Bilik Kecemasan First Choice di Humble, TX jika anda mengetahui bahawa mereka menawarkan kad hadiah Starbucks sebagai pertukaran bagi mendapatkan ulasan yang positif.
– Ataupun, sebelum memilih untuk menyewa kediaman anda yang seterusnya menerusi syarikat Cabrio Properties di Ann Arbor, MI, anda mungkin ingin tahu bahawa mereka telah dikenal pasti cuba menawarkan kredit sewaan sebagai pertukaran bagi mendapatkan ulasan 5-bintang.
Ia bukan setakat memberikan pengguna persepsi palsu tentang tempat di mana mereka bakal membelanjakan wang dan melanggar Terma Penggunaan Yelp, malah penyiaran testimoni tanpa mendedahkan bahawa anda telah menerima pampasan juga dianggap sebagai pengiklanan palsu.

Peringatan Pengguna hanyalah salah satu daripada aspek tugas yang dijalankan oleh pasukan kami setiap hari untuk memastikan yang kandungan yang kami siarkan di Yelp benar-benar menggambarkan pengalaman sebenar warga pengguna kami. Kami juga berpendirian jelas terhadap syarikat pengurusan reputasi yang menipu perniagaan menerusi penawaran cara untuk menyingkirkan ulasan buruk atau meningkatkan rating dengan mengenakan yuran. Harap maklum pemilik perniagaan, berhati-hatilah dan maklumkan kepada kami jika anda merasakan yang anda dijadikan sasaran oleh syarikat-syarikat berkenaan.
Tips yang disumbangkan oleh orang ramai adalah penting kepada perpanjangan kejayaan Yelp dalam mengesan perniagaan yang tidak mematuhi peraturan. Jika anda menemui sebarang tingkah laku yang mencurigakan di Yelp, sila laporkannya untuk membantu kami meneruskan usaha untuk melindungi pengguna dan perniagaan yang jujur.