arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Yelp Kerjaya dalam Berita

Jelas sekali, kami tahu bahawa Yelp menawarkan persekitaran kerja yang hebat, tetapi ia sentiasa menggembirakan kami apabila mengetahui yang orang lain juga turut merasakan demikian. Saya ingin kongsikan beberapa sorotan baru-baru ini yang meraikan budaya dan kepelbagaian Yelp merentasi seluruh kakitangan, industri dan komuniti kami.

Dari segi bidang jualan, Naib Presiden Kanan bahagian Jualan Tempatan kami, Erica Galos Alioto baru-baru ini telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 50 Wanita Paling Berkuasa dalam bidang Teknologi. Pejabat kami di Chicago juga turut ditampilkan dalam artikel yang memaparkan pelbagai pejabat jualan yang mengamalkan budaya serta tradisi pasukan yang hebat. Artikel ini mengetengahkan salah satu nilai teras kami: ‘Jangan Menjemukan’ dan ia turut menyentuh bahawa, “Yelp bukan sekadar meraikan kemenangan setahun sekali… Dari pertandingan berterusan hinggalah ke tradisi memalu gong, pasukan jualan Yelp meraikan kemenangan setiap hari (dan kadangkala setiap jam), kesemuanya hanya untuk berseronok.”

yelp_01_-768x518

Syabas diucapkan kepada pejabat jualan kami di Chicago!

Dalam berita industri pula, baru-baru ini Yelp berada di tangga yang ke 20 dalam senarai Majikan Terbaik untuk Perniagaan Bersaiz Sederhana di Amerika yang dikeluarkan oleh Forbes. Naib Presiden Kanan bidang Kejuruteraan kami, Mike Stoppelman, turut memberi taklimat kepada laman web Monster.com tentang kepentingan menyediakan program-program latihan praktikal dan usahasama, dan mengekalkan penglibatan dengan bekas pelatih selepas tamatnya tempoh latihan mereka. Bagi mendapatkan bahan bacaan berkaitan, lihatlah artikel beliau di LinkedIn: Why Interns Are Yelp’s Best Kept Secret To Success.

aaeaaqaaaaaaaavvaaaajgvkmwqyzdk4lwzinjmtndg1oc05yjeyltuwotixndi2ndkzyw

Naib Presiden Kanan bidang Kejuruteraan, Mike Stoppelman beramah mesra dengan bekas pelatih

Satu lagi artikel berita tempatan mengetengahkan kepelbagaian komuniti Yelp dan menyatakan bahawa ia berupaya membantu menyuarakan pandangan kaum minoriti. Akhbar Post and Courier menemuramah tiga warga Elit Yelp dari Charleston yang meluahkan betapa terujanya mereka dengan bilangan ketara kakitangan wanita serta mereka yang berbilang bangsa di dalam komuniti Yelp; Salah seorang daripada warga Elit ini menyebut, “…tidak ada banyak keadaan di mana seorang wanita Afrika-Amerika, seorang wanita Puerto Rico dan seorang wanita Yahudi berjalan masuk ke dalam bar dan duduk di meja yang sama. Yelp sememangnya pengimbang yang menakjubkan”

Saya gemarkan kisah-kisah sebegini dan ingin berkongsikannya dengan seluruh warga komuniti. Pastikan yang anda mengikuti kami melalui @YelpCareers di Twitter, Facebook, dan Instagram untuk mengetahui perkembangan terkini Yelp. Oh, satu lagi, kami juga sedang mencari pekerja. ?