arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Perlukan Sebut Harga? Dapatkannya Secara Pantas

Pengguna mengunjungi Yelp setiap hari untk mendapatkan maklumat yang boleh diyakini tentang perniagaan di mana mereka ingin berbelanja. Anda mungkin perlu melihat gambar-gambar pizza yang lazat dan ulasan yang menarik untuk memilih tempat menjamu selera yang baru. Tetapi sesetengah kategori memerlukan pendekatan yang lebih terperinci, dan urusan jual beli tidak dapat dibuat tanpa menghubungi perniagaan berkenaan untuk mengetahui kadar yang mereka kenakan.

Pelajar kolej yang mencari sebut harga untuk berpindah, pasangan yang baru bertunang mungkin mahu mencari harga pelamin untuk persandingan mereka, atau penggemar kereta yang mencari kereta antik kini boleh menghantarkan mesej secara terus kepada perniagaan yang dicari menerusi ciri Minta Sebut Harga di Yelp. Baru-baru ini heboh menjadi buah mulut di Buzzfeed, ciri pemesejan canggih ini menukar cara pengguna dan pemilik perniagaan berinteraksi di dalam kategori Automotif, Penganjuran Acara, Perkhidmatan Kewangan, Pembaikan Rumah, Perkhidmatan Tempatan, dan Perkhidmatan Profesional di Yelp.

Jadi, katakanlah saluran kumbahan di rumah anda tersumbat. Sebaik sahaja anda memulakan carian di dalam kategori Pembaikan Paip, sesetengah hasil carian akan menunjukkan butang Minta Sebut Harga, serta ciri masa respons perniagaan tersebut. Ciri masa ini memberitahu anda, secara purata, berapa hari, malah berapa jam yang biasanya diambil oleh perniagaan tersebut untuk menjawab mesej anda. Perniagaan di dalam hasil carian anda dengan masa respons terpantas akan diserlahkan dengan warna hijau.

Setelah mengklik pada perniagaan yang diserlahkan berwarna hijau itu, anda boleh jelaskan situasi anda dan meminta agar sebut harga bagi perkhidmatan yang anda ingini dihantarkan secara terus kepada anda Ada pertanyaan lain? Tanyalah semuanya di sini!

Ingin bertanyakan kedai-kedai lain untuk membuat pilihan? Perhubungan dengan beberapa perniagaan kini lebih mudah dengan ciri Pemesejan Pukal. Selepas meminta sebut harga daripada satu perniagaan, Yelp akan menyarankan sehingga 10 perniagaan lain yang serupa di kawasan anda yang boleh anda minta sebut harga. Dengan cara ini anda boleh memanfaatkan sepenuhnya usaha carian Yelp anda, dan tidaklah menghabiskan masa sepanjang hari untuk membuat panggilan. Waktu respons yang pantas menjana hasil yang pantas, dan bolehlah masalah anda diselesaikan segera.

Kami telah saksikan bagaimana ciri Minta Sebut Harga telah menukar perhubungan di antara para pengguna dan pemilik perniagaan. Semenjak menukar nama ciri pemesejan ini daripada “Mesej Perniagaan Ini” kepada “Minta Sebut Harga” di dalam beberapa kategori lewat tahun lepas, kami mendapati:

– Kadar respons mesej dari pemilik perniagaan telah meningkat sebanyak 250%
– Lebih separuh mesej dari bakal pelanggan dijawab dalam tempoh 24 jam
– Pemesejan di dalam kategori perkhidmatan kediaman telah meningkat sebanyak 1500%
Jadi, anda telah bersedia untuk Minta Sebut Harga? Anda boleh berhubung dengan perniagaan menggunakan ciri-ciri baru ini melalui laman web dan iOS pada ketika ini, dan melalui Android dalam masa beberapa hari akan datang.