arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

6 Tips Penting bagi Aplikasi iPhone Yelp untuk Pengguna Baru

Baru sahaja memuat turun aplikasi Yelp? Selamat datang kami ucapkan. Jika anda berasa agak keliru, kami telah himpunkan tujuh tips utama untuk anda memulakan penggunaan aplikasi… dan pasti ketagih dengannya! Ya, kami tahu anda pasti akan berterima kasih.

1. Bookmark
Tandakan tempat-tempat yang anda ingin kunjungi atau ingin baca ulasan tentangnya kemudian dengan ciri Bookmark

Anda tahu kami sentiasa ingin memenuhi keperluan penguna … Jika anda mempunyai senarai tempat-tempat menarik yang ingin dikunjungi, carilah tempat berkenaan di dalam aplikasi Yelp dan kemudian tekan Bookmark. Ia akan ditambahkan ke senarai Bookmark anda, di mana anda boleh mencarinya kemudian mengikut lokasi, nama atau tarikh ia ditambahkan. Mudah sahaja!

Petua pro: Yelp boleh didapati di 32 buah negara, jadi anda boleh rancang dan simpan destinasi impian sebelum memulakan percutian anda.

2. Berhampiran
Tinjau saranan berhampiran anda, walau di mana sahaja lokasi anda


Kadangkala kita perlukan sedikit idea ketika melancong. Mungkin anda berada di kawasan yang asing bagi anda atau anda hanya ingin mencuba sesuatu yang baru? Pergilah ke laman Berhampiran dan lihatlah hasilnya — bergantung kepada waktu dan hari, saranan yang diberikan akan berubah untuk memberikan anda opsyen yang terbaik! Sungguh mudah.

3. Tawaran Check-In
Ketahui perniagaan manakah yang memberikan anda diskaun dan tawaran hebat apabila  anda check-in di Yelp


Semua orang sukakan sesuatu secara percuma, kan? Jika anda inginkan tawaran hebat, lihatlah di ruang Tawaran Check-In menggunakan laman Berhampiran di atas. Setelah menemui sesuatu yang diingini, kunjungilah perniagaan itu dan buat check-in di aplikasi. Untuk menebus tawaran yang muncul itu, tunjukkannya kepada kakitangan perniagaan tersebut.

Tawaran yang diberikan kadangkala termasuk secawan kopi percuma atau potongan diskaun ke atas bil anda, malah kemasukan percuma ke kelab-kelab terpilih.

4. Penapis
Peribadikan hasil carian anda untuk mendapatkan hasil carian yang paling bermanfaat


Mencari snek pada lewat malam dan hanya ingin melihat tempat-tempat yang masih dibuka? Atau mungkin anda ingin menapis hasil carian mengikut senarai perniagaan yang dinilai terbaik? Ia boleh dilakukan. Tekan Penapis dan khususkan carian anda — anda juga boleh menapis hasil carian untuk menunjukkan mengikut tempahan, penerimaan kad kredit, Wi-Fi percuma, jika haiwan peliharaan dibenarkan masuk, tempat-tempat yang sesuai untuk kanak-kanak — dan pelbagai lagi.

5. Aktiviti Berhampiran
Suapan berita secara langsung tentang apakah yang menjadi trend dan menarik berhampiran anda


Semuanya lebih meriah jika rakan-rakan turut serta, kan? Meninjau Aktiviti Berhampiran anda juga bermakna yang anda dapat melihat aktiviti rakan-rakan Yelpers yang lain berhampiran anda. Anda dapat melihat ulasan, RSVP ke acara, tips, foto, malah video juga — ianya merupakan cara yang terbaik untuk mencari rakan-rakan baru yang boleh diikuti atau ditambahkan ke dalam senarai rakan anda serta untuk mendapatkan maklumat tentang tempat-tempat trendy terkini.

6. Terjemahan
Sesuai digunakan untuk merancang percutian idaman anda

Masih belum berkesempatan untuk mempelajari bahasa asing? Tiada masalah. Jika anda merancang untuk bercuti ke luar negara dan perlu mendapatkan pandangan Yelper tempatan, kami turut menyediakan kemudahan ini. Terdapat peralatan terjemahan yang dibina di dalam aplikasi kami agar anda masih boleh membaca ulasan serta saranan lokasi serta apakah makanan yang perlu dicuba. Hebatkan! Tip pro: Gabungkan ciri Terjemahan dengan ciri Bookmark untuk merancang percuitan yang hebat!