arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Senarai Yelp bagi 100 Tempat Menjamu Selera Terbaik di AS untuk tahun 2016: Laluan Pantas untuk Mengisi Perut

Hmm, makan. Salah satu nikmat hidup yang menjangkau hambatan budaya serta bahasa. Usaha untuk mencari makanan yang lazat berjaya menyatukan pelbagai jenis manusia daripada pelbagai tempat untuk bekerjasama menjayakan satu misi bersama….iaitu untuk menikmati makanan yang paling lazat yang boleh ditemui!

Sudah pastinya kami tahu. Jutaan pengguna menggunakan Yelp di lebih daripada 30 buah negara untuk mencari dan berkongsikan pengalaman mereka menjamu selera di pelbagai jenis restoran, gerai makan, deli, izakaya, trak makanan, dan pelbagai jenis kedai lain yang menghidangkan makanan. Bukan sekadar makanan, ia turut termasuk pengalaman mengunjungi kedai gunting rambut, kedai penjagaan bulu haiwan peliharaan, ejen hartanah dan sebagainya…tetapi kali ini kami ingin menyentuh tentang makanan. Tumpukan perhatian anda!

Senarai 100 Tempat Menjamu Selera Terbaik di AS untuk tahun 2016 yang disediakan oleh Yelp mengiktiraf perniagaan yang berada pada kedudukan tertinggi di kalangan pendapat komuniti Yelp sehingga mereka menerima status “mesti dicuba sekurang-kurangnya sekali.” Daripada restoran canggih hingga kasual, kegemaran warisan hinggalah ke resepi baru, hidangan barbeku hinggalah udon, senarai ini pastinya membuatkan perut anda berkeroncong. Dan itulah pegangan kami; satu senarai yang unik dan menarik sepertimana Komuniti Yelp itu sendiri. Kadangkala anda ingin menjamu selera di restoran mewah, dan ada masanya sandwic sahaja sudah cukup untuk memuaskan selera.

Atas: Himpunan manisan dari kedai #1 iaitu Porto’s Bakery and Cafe di Burbank, CA. Baris bawah, dari kiri ke kanan: Sandwic dari kedai #3 iaitu Paseo yang berlokasi di Seattle, pizza dari kedai #2 iaitu Cheese Board Pizza yang berlatarkan pemandangan indah Berkeley dan poke dari kedai #15 iaitu Da Poke Shack yang terletak di tepian pantai di Hawaii. Makanan lazat + pemandangan indah…nyaman rasanya.

Wahai rakan-rakan sekalian, bookmarklah senarai ini. Gunakannya sebagai panduan untuk menikmati makanan terlazat bagi tahun 2016. Bagi mereka yang bercita-cita tinggi pula, mungkin anda boleh mencuba kesemua 100 restoran sebelum berakhirnya tahun 2016. Tapi jika anda tidak sempat merasai kesemuanya tahun ini, tidak mengapa kerana kesemua restoran ini pastinya akan kekal beroperasi untuk jangka masa yang panjang. Bagaimana kami tahu? Kerana Yelp memacu pelanggan seperti anda ke restoran-restoran sebegini yang telah berusaha gigih untuk membina reputasi yang terbaik.

Kami ada terlepas pandang? Hebahkan senarai ini di media sosial menggunakan #YelpTop100, dan beritahu kami pandangan anda. Ingat, kami hanya tahu betapa bagusnya sesuatu restoran itu jika pengguna seperti anda meluangkan masa untuk mengulasnya, oleh itu kongsikan pandangan anda di Yelp, dan mungkin restoran kegemaran anda akan muncul di dalam senarai kami yang akan datang!

Kunjungi blog yang disediakan oleh Yelp untuk pemilik perniagaan untuk melihat senarai 100 Tempat Menjamu Selera Terbaik di Kanada, UK, Jerman, Itali, Sepanyol, dan Australia!

Senarai 100 Tempat Menjamu Selera Terbaik di AS untuk tahun 2016

Perniagaan yang ditandakan dengan ? adalah Hebat & Baharu, yang bermakna mereka muncul di dalam senarai buat pertama kalinya dan mereka mula disenaraikan di Yelp hanya dalam tempoh dua tahun lepas.

Perniagaan yang mengambil pesanan/membuat penghantaran menerusi Yelp turut ditandakan.

1. Porto’s Bakery & Cafe, Burbank, CA (1)

2. Cheese Board Pizza, Berkeley, CA

3. Paseo, Seattle, WA

4. Joe’s Kansas City Bar-B-Que, Kansas City, KS

5. TKB Bakery & Deli, Indio, CA

6. Gary Danko, San Francisco, CA

7. The Morrison, Los Angeles, CA

8. Mama D’s Italian Kitchen, Newport Beach, CA

9. Franklin Barbecue, Austin, TX

10. Marukame Udon, Honolulu, HI

11. Cream Pan, Tustin, CA

12. Dametra Cafe, Carmel, CA

13. Little Miss BBQ, Phoenix, AZ

14. Ono Seafood, Honolulu, HI

15. Da Poke Shack, Kailua-Kona, HI

16. Los Agaves, Santa Barbara, CA

17. Tacos El Gordo, Chula Vista, CA

18. Bogart’s Smokehouse, Saint Louis, MO

19. Alinea, Chicago, IL

20. Joe’s Falafel, Los Angeles, CA *Pesanan/Penghantaran melalui Yelp Eat24

21. Baguette Cafe, Las Vegas, NV

22. Halls Chophouse, Charleston, SC

23. Aviva by Kameel, Atlanta, GA

24. Ike’s Place, San Francisco, CA *Pesanan/Penghantaran melalui Yelp Eat24

25. Adobo Taco Grill, Lakewood, CA ?

26. Kokkari Estiatorio, San Francisco, CA

27. Mr BBQ, Fullerton, CA ?

28. El Dorado Cantina, Las Vegas, NV *Pesanan/Penghantaran melalui Yelp Eat24

29. Pappy’s Smokehouse, Saint Louis, MO

30. T Deli, San Diego, CA *Yelp Eat24 Order/Delivery

31. Oscar’s Mexican Seafood, San Diego, CA

32. Gramercy Tavern, New York, NY

33. Screen Door, Portland, OR

34. Le Bernardin, New York, NY

35. Mama’s Fish House Restaurant, Paia, HI

36. Gaucho Parrilla Argentina, Pittsburgh, PA

37. Gen Korean BBQ House, Cerritos, CA (2)

38. Girl & the Goat, Chicago, IL

39. Langer’s, Los Angeles, CA

40. Los Tacos No.1, New York, NY

41. Bakery Nouveau, Seattle, WA

42. Sushi Ota, San Diego, CA

43. Istanbul Grill California, Fountain Valley, CA

44. Mr. Mamas, Las Vegas, NV

45. Arun’s Indian Kichen, Coral Springs, FL *Yelp Eat24 Order/Delivery

46. Cochon Butcher, New Orleans, LA

47. Coop’s West Texas Barbeque, Lemon Grove, CA

48. Kenny’s Wood Fired Grill, Dallas, TX

49. Yardbird Southern Table & Bar, Miami Beach, FL

50. Beach Break Cafe, Oceanside, CA

51. Johnny Pacific, Winnetka, CA

52. Outlaws Cafe, Van Nuys, CA *Pesanan/Penghantaran melalui Yelp Eat24

53. Lou’s Cafe, San Francisco, CA

54. Los Andes Restaurant, Providence, RI

55. Arizmendi Bakery, San Francisco, CA

56. Lahaina Grill, Lahaina, HI

57. The French Laundry, Yountville, CA

58. Gus’s World Famous Hot & Spicy Chicken, Memphis, TN

59. Uchi, Austin, TX

60. Rockfire Grill, Mission Viejo, CA *Pesanan/Penghantaran melalui Yelp Eat24 ?

61. El Chato Taco Truck, Los Angeles, CA

62. Zahav, Philadelphia, PA

63. Helena’s Hawaiian Food, Honolulu, HI

64. Sal, Kris, & Charlie’s Deli, Astoria, NY

65. Providence, Los Angeles, CA

66. Zacatecas Restaurant, Hawthorne, CA

67. Monell’s Dining & Catering, Nashville, TN

68. Phil’s BBQ, San Diego, CA

69. Per Se, New York, NY

70. Daniel, New York, NY

71. Yoshino Japanese Deli, Carlsbad, CA

72. Eleven Madison Park, New York, NY

73. Kang Ho Dong Baekjeong, Los Angeles, CA

74. Cafe Rolle, Sacramento, CA

75. Chama Gaúcha Brazilian Steakhouse, Houston, TX (3)

76. Musubi Cafe Iyasume, Honolulu, HI

77. Wally’s Cafe, Emeryville, CA

78. Mastro’s Steakhouse Beverly Hills Penthouse, Beverly Hills, CA

79. Neptune Oyster, Boston, MA

80. Oyster Bar, Las Vegas, NV

81. Pike Place Chowder, Seattle, WA

82. The Halal Guys, New York, NY

83. The Codmother Fish and Chips, San Francisco, CA

84. Shark Pit Maui, Lahaina, HI

85. Farmstead at Long Meadow Ranch, Saint Helena, CA

86. Genwa Korean BBQ, Los Angeles, CA

87. Little Lucca Sandwich Shop & Deli, South San Francisco, CA *Pesanan/Penghantaran melalui Yelp Eat24

88. Bobby Q, Phoenix, AZ

89. Umeke’s, Kailua-Kona, HI

90. Root Down, Denver, CO

91. Tar & Roses, Santa Monica, CA

92. Leoda’s Kitchen and Pie Shop, Lahaina, HI

93. The Waffle Window, Portland, OR

94. Café Besalu, Seattle, WA

95. Roxie Food Center, San Francisco, CA

96. Blues City Deli, Saint Louis, MO

97. Uchiko, Austin, TX

98. Bavette’s Bar & Boeuf, Chicago, IL

99. 39 Degrees, Long Beach, CA

100. DishDash, Sunnyvale, CA

Nota

(1) Dua lagi lokasi Porto’s yang tersenarai dalam 100 restoran terbaik: Porto’s Glendale, dan Porto’s Downey

(2) Satu lagi lokasi Gen Korean BBQ yang tersenarai dalam 100 restoran terbaik: Gen Korean BBQ Rowland Heights

(3) Satu lagi lokasi Chama yang tersenarai dalam 100 terbaik: Chama Gaúcha Brazilian Steakhouse Downers Grove

Mari kita lihat bagaimana pasukan sains data Yelp, mengkaji jutaan titik data untuk membolehkan kami berkongsikan senarai ini dengan anda.

Kaedah kami:

Untuk menentukan Tempat Menjamu Selera Terbaik bagi tahun 2016 ini, kami menganalisa tempat-tempat yang paling popular serta mendapat ulasan yang terbaik di Yelp. Perniagaan dari seluruh negara dibandingkan dengan menggunakan satu rangka kedudukan yang memfaktorkan nilai rating serta bilangan ulasan sambil mengambil kira akan kualiti, populariti, dan turun naik statistik. Untuk menjadikan senarai ini lebih bersifat tempatan, hanya ulasan yang dituliskan oleh pengguna yang berlokasi di negara restoran tersebut beroperasi akan difaktorkan ketika menilai kedudukan. Untuk disertakan di dalam senarai ini, perniagaan tersebut mestilah menjalankan operasi restoran atau tempat makan dan mesti mematuhi kepada Syarat Penggunaan dan Garis Panduan Kandungan Yelp. Jika sesuatu perniagaan itu mempunyai beberapa lokasi yang muncul lebih daripada sekali dalam senarai, kami akan mengekalkan lokasi yang berkedudukan paling tinggi dan akan menyebutkan tentang lokasi lainnya di dalam nota kaki. Tidak seperti senarai yang kami sediakan tahun lepas, yang mana ia hanya menyenaraikan tempat makan terbaik di Yelp berdasarkan kepada prestasinya bagi sepanjang tahun lepas sahaja, senarai tahun ini mengambil kira prestasi restoran tersebut semenjak penubuhan Yelp pada tahun 2004. Senarai ini adalah kombinasi restoran kegemaran klasik dan pendatang baru yang mendapat banyak perhatian positif. Perniagaan yang ditandakan sebagai “Hebat & Baharu” muncul di dalam senarai Tempat Menjamu Selera Terhebat kami buat pertama kalinya dan mereka hanya disenaraikan di Yelp dalam tempoh dua tahun lepas.